Catalog di atas meja diselak tanpa minat.
Suara Iyad
dan Maisara sedang bergelak ketawa di depannya tidak dihiraukan. Sesekali jam
tangan dikerling. Dah dekat dua jam dia terdampar kat sini, dengan rela hati.
Pukul 12 tengahari tadi, Iyad ajak dia keluar, tak bagitau destinasi. Taktau la
apa fungsi dia duduk sini.
“Sara, awak
rasa pink ke baby blue lagi ok?”
Qaisara
mengangkat muka.
Tiga pasang
matanya memandangnya.
Terasa
glamour sekejap, maklumlah, tiga pasang mata tu termasuk pereka fesyen
terkenal, Lee Redza, yang akan jadi designer untuk pakaian majlis tunang Iyad
dan Maisara. Minggu depan majlis, sempat lagi pegi tempah. Confirm harga pun
cekik darah.
“sara?”
Iyad pula memanggil bila melihat Qaisara yang macam hilang dalam lamunan.
“err...
tiffany blue dengan pink?” cadang Qaisara.
Mai ketawa
mengejek. “buruk la combination tu, Sara. Takde taste la kau ni.”
Dia kembali
menoleh memandang Lee Redza.
“pink lah.
Boleh eh darling?” Mai memicit lengan Iyad, memujuk. Iyad yang nampak dah penat
sekadar mengangguk.
Qaisara terdiam.
Tetapi tak lama kemudian dia tersenyum manis apabila Lee Redza menunjukkan ibu
jari kepadanya apabila Iyad dan Mai berbual berdua.
Titt...tittt...
Ada email
masuk.
From : fairuzblack@hotmail.com
Subject :
URGENT
Sara, dalam beg Sara ada Samsung biru. Buka memo
pad baca secepat mungkin. Delete secepat mungkin.
URGENT.
Sara dalam bahaya.
Delete.
Bila masa
abang Black masukkan dalam beg dia?
Tangan yang
agak menggeletar dimasukkan ke dalam beg tangannya, meraba-raba mencari Samsung
yang di letak oleh Abang Black. Matanya memandang Iyad dan Mai yang masih leka
berbual dengan Lee.
berdebar-debar.
Hujung
jarinya tersentuh sesuatu yang keras, cepat-cepat objek itu digenggam.
Matanya
melilau ke kiri dan kanan. Cuba mengenal pasti sesuatu yang mencurigakan.
Blackberry
di masukkan ke dalam beg dan Samsung di keluarkan.
Segala
pergerakan sedaya-upaya dilakukan dengan tenang.
Memo pad di
buka.
* * * * *
Dia duduk
berteleku di atas katil. Jurnal usang dan terjemahan al-Quran dipandang sayu.
Tuhan...
kurniakan aku petunjuk.
Masih
terbayang bait-bait kata dari abang Black yang dia baca tadi.
Dia ingat
dia dah bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Dia ingat
dia kuat.
Dia ingat
dia mampu.
Dia ingat
dia kuat.
Dia ingat.
Hakikatnya,
dia takut.
Perlahan-lahan
kepalanya di baringkan ke atas katil. Mata dipejam.
Teringat
kemesraan Iyad dan Mai tadi terasa macam hatinya kena langgar lori minyak.
Kenapa mesti rasa macam ni wujud? Tak. Dia bukan bodoh sangat untuk tanya
‘perasaan’ apa ni.
Dia tahu.
Dia dah jatuh cinta dengan Iyad.
Matanya
terbuka luas.
Dia tahu!
Dia kena selamatkan Iyad dari rancangan asal mereka!
Jam dinding
dijeling. 8.30 malam. Waktu macamni biasanya Iyad ada kat kondo.
Cardigan
hitam disarung, selendang hitam dililit ala kadar. Kunci kereta dicapai.
15 minit
perjalanan ke kondo Iyad terasa macam berjam-jam. Degupan jantung bercelaru.
Aliran darah tak lancar.
Nama Iyad
dicari didalam contact book di dalam Blackberry.
Tak sampai
10 saat, panggilannya dijawab.
“bos,kat
condo kan? turun kat playground depan condo bos. Saya tunggu.”
Belum
sempat Iyad menyahut, cepat-cepat dia mematikan panggilan.
Kereta
diparkir di tepi bahu jalan. Cepat-cepat dia melangkah ke taman permainan.
Punggung dilabuhkan ke atas buaian.
Betul ke
apa aku buat ni?
Qaisara,
apa kau buat ni!!
Hati dan
otaknya bertengkar.
‘aku kena
buat. Demi Iyad. Demi Rizal Corp. Aku kena buat. Demi Rizuan Syah.’
“Sara?
Kenapa?”
Suara Iyad
menyentak lamunannya.
Qaisara
bangun dari buaian, berdiri setentang dengan Iyad. Wajah Iyad direnung sejenak,
cuba menyusun kata.
“sara, are
you ok?” tanya Iyad. Risau tengok Qaisara yang nampak ‘lost’.
“jangan
kahwin dengan Mai.”
“come
again?”
“jangan
kahwin dengan Mai.”
“sara, awak
ok tak ni? Sihat tak?”
Qaisara
mula rasa loya. Jantung berdegup kencang.
“saya
sihat. tolong. Jangan kahwin dengan Maisara. Awak tak boleh kahwin dengan
Maisara.” Tangannya mula menggigil.
Iyad masih
dalam keadaan terkejut. Kenapa dengan Qaisara?
“kenapa?”
tanya Iyad dalam nada suara yang perlahan.
Qaisara
diam.
“kenapa
Qaisara? Kenapa saya tak boleh kahwin dengan Maisara?” kali ini suara Iyad naik
seoktaf. Haritu Sara yang bersungguh-sungguh nasihatkan dia untuk gapai
bahagia. Kenapa sekarang Qaisara tiba-tiba menghalang?
“awak...
saya... saya... saya suka awak, Iyad. Tolong.... jangan kahwin dengan Maisara!”
Giliran
Iyad terdiam. bagai terkena renjatan elektrik.
“apa awak
cakap ni Qaisara?”
“saya suka
awaklah bodoh!! Jangan kahwin dengan Maisara!!” Qaisara menjerit kuat. Air mata
yang mula berkolam ditubir mata ditahan.
“jadi...
betul apa Maisara bagitau saya...” Iyad bersuara perlahan, seperti berkata-kata
dengan diri sendiri.
Qaisara
tersentak.
“apa yang
Mai bagitau awak?”
“that you
love me. Dan awak akan cuba sedaya-upaya untuk hancurkan hubungan saya dengan
Maisara...”
Rasa marah
mula menguasai Qaisara.
“yes. I do
love you. Tolong dengar cakap saya, jangan kahwin dengan Maisara!” marah
Qaisara.
“and i
don’t love you, Qaisara. I love Maisara. And you will never be in my list.”
Kata-kata
Iyad cukup menghiris hati Qaisara.
“okay.
Jangan kahwin dengan saya tapi... jangan kahwin dengan Maisara. Tolong.. tolong
saya... jangan kahwin dengan Maisara...” jantungnya rasa nak pecah.
“enough!
Esok tolong letak surat perletakan jawatan awak atas meja saya.”
Tak tahan mendengar
kata-kata Qaisara, Iyad memusing tubuhnya ingin berlalu. Hatinya terasa pedih.
Selama ni dia tak percaya apa cerita Mai tentang Qaisara sebab dia tau Qaisara
bukan orang macam yang Mai cakap. Tapi tak sangka...
Baru saja
dia ingin mengatur langkah, sebuah SUV hitam berhenti di belakang kereta
Qaisara. Empat lelaki berpakaian hitam keluar. Masing-masing memegang kayu
besbol sambil berlari ke arah mereka berdua.
“run!”
Qaisara menjerit kuat.
Belum
sempat Iyad bertindak, seorang lelaki berdiri di depannya. Manakala 3 orang
lagi mengelilingi Qaisara.
“aku akan
buat apa saja, tapi lepaskan dia.” Perlahan tetapi tegas.
Iyad yang
mendengar, tercengang-cengang, Qaisara cuba untuk melindungi dia?
“aku tak
perlukan perempuan untuk lindungi aku.” egonya tiba-tiba naik mencanak-canak.
Tumbukan
padu dilayang ke muka lelaki di depannya.
Melihat
Iyad yang mula mengganas, dua orang lelaki memegang lengan Qaisara. Seorang
lagi yang tadi berdiri di depan Qaisara, cepat-cepat menghayun kayu besbol ke
belakang Iyad.
“arghhh!!”
Iyad jatuh tersembam. Tanpa berlengah, kedua-dua lelaki itu menendang Iyad
tanpa henti.
Melihat
Iyad dibelasah teruk, Qaisara yang asalnya tak mahu melawan mula meronta-ronta.
Kaki lelaki di sebelah kanan dipijak kuat.
“sakitlah
bodoh!!!” jerit lelaki itu. Cengkaman di lengan Qaisara terlepas. Qaisara
menghayun sikunya ke muka lelaki yang masih memegang lengannya. Bunyi sesuatu
patah menangkap deria pendengaran Qaisara.
Glock 18
berpeluru penuh yang memang sentiasa dibawa bersama ditarik keluar dari poket
sweeter.
Tanpa
berfikir panjang, muncung pistol yang lengkap dengan penyengap di target ke
arah kaki lelaki yang sedang membelasah Iyad dengan kayu besbol. Picu ditekan.
Zup!
“arghhh!”
lelaki itu jatuh sambil menjerit dengan kuat.
“move...”
arah Qaisara ke arah lelaki kedua yang membelasah Iyad.
Lelaki itu
bergerak ke tepi sambil meletakkan kayu besbol ke tanah. Dua lagi lelaki yang
memegang Qaisara tadi turut menjauhkan diri.
Langkah
diatur perlahan-lahan menghampiri Iyad namun muncung pistol masih digerakkan ke
arah ketiga-tiga lelaki itu. Matanya galak mengawasi mereka bertiga. Berdiri
membelakangi Iyad, kaki kirinya menendang kaki Iyad.
“bangun. Go
away.” Kunci kereta dijatuhkan ke atas badan Iyad.
“a...a...apa..”
“Now!” jerkah
Qaisara, tanpa memandang Iyad.
lemah, dan
pandangannya berbalam-balam tapi Iyad cuba bangun. Kesakitan di tangan kiri dan
kepalanya yang begitu mencucuk, tidak dihiraukan. Darah yang meleleh dari
bibirnya yang pecah dikesat.
“ikut
saya...” Iyad berbisik di tepi telinga Qaisara.
“go Iyad!
Go!”
“saya
takkan tinggalkan awak...” balas Iyad. Qaisara menoleh. Sesuatu di wajah
Qaisara menangkap mata Iyad. Sesuatu yang tak pernah dia tengok.
Pap!
Gelap.
* * * * *
Sakit.
Matanya
terasa berat.
“bunuh
dia.”
“hilangkan
dia.”
Sayup-sayup
terdengar suara orang bercakap.
“dia dah
sedar.”
“tambah
dos.”
Lengannya
dipegang.
“you’re
gonna be fine, Sara...” bisikan di telinganya.
Gelap.
* * * * *
“...bukan
kemalangan...”
“maksud
kau?”
Iyad membuka
matanya perlahan-lahan.
Tuan Ali
sedang berbual dengan seorang anggota polis di sofa tepi tingkap.
“papa...”
panggil Iyad, perlahan. Tekaknya kesat.
Tuan Ali
yang baru menyedari Iyad sudah sedar, segera menghampirinya.
“alhamdulillah...
kejap papa panggil doctor.”
“air.”
Cepat-cepat
Tuan Ali memicit butang merah sebelum
menuang air ke dalam cawan.
Tak lama
kemudian seorang nurse datang bersama doctor.
“assalamualaikum,
Iyad. I’m Faiq, your doctor.”
“waalaikumussalam.”
“saya nak
chek tekanan darah awak kejap ye.”
Iyad
memejamkan matanya, cuba menghilangkan peningnya. Cengkaman di lengan kirinya
tidak dipedulikan.
“Iyad...”
mata dibuka. Tuan Ali merenungnya dengan muka risau.
“pening
sikit pa...”
“awak ingat
apa yang terjadi?” tanya Faiq.
Iyad diam.
Dia nampak Qaisara.
Geleng.
Sungguh dia
tak ingat. Tapi dia nampak bayang Qaisara.
“Iyad
kemalangan kat MRR2, terbabas. Iyad memandu dalam keadaan mabuk. Dua pengawal
Iyad meninggal ditempat kejadian.” Dengan tenang, Tuan Ali menyusun kata.
“In dengan
Black?”
“Emm...”
Tuan Ali diam. Tak sanggup nak bagitahu Iyad, kedua-duanya dijumpai dalam
keadaan hangus, terbakar dengan kereta. Iyad tercampak ke tepi divider jalan.
“Sara?”
tanya Iyad lagi.
“Sara?”
berkerut-kerut dahi Tuan Ali. “kenapa dengan Sara?”
“Sara macam
mana? Dia ada dengan Iyadkan waktu kemalangan tu?” tanya Iyad lagi.
“Sara dah
letak jawatan sehari sebelum Iyad accident. Kata Mai, kamu dengan Sara
bergaduh.”
Iyad
terdiam. bergaduh?
‘and i don’t love you, Qaisara. I love Maisara.
And you will never be in my list.’
‘enough. Esok tolong letak surat perletakan
jawatan awak atas meja saya.’
Terngia-ngia
suaranya sendiri.
Terasa
seperti pisau mencucuk-cucuk di kepalanya.
“erghhh...”
kepala dipegang. Badannya mula menggigil. Sakit.
“bawak ubat
tahan sakit.” Arah Faiq kepada nurse disebelahnya.
“tenang
Iyad. Tidurlah. Papa ada kat sini.....” Tuan Ali mengusap lembut kepala Iyad
yang berbalut.
* * * * *
Sakit.
Menyucuk di
seluruh badan.
“Allah...”
Air matanya
mengalir dari kelopak mata yang masih tertutup.
“dah
sedar?” satu suara bergema.
Perlahan-lahan
matanya cuba di buka. Gelap. Matanya di tutup dengan kain.
Kepala yang
sakit cuba dipegang.
Qaisara
meronta-ronta. Tangan dan kakinya di ikat.
“lepaskan
aku.” perlahan namun berapi.
“hhahahaha.
Why should i? Kau dah langgar arahan. Dan hukumannya, kematian. Kematian yang
senyap. Aku tak nak bagi kau rasa kesakitan Rizuan Syah dulu.”
Suara orang
ketawa. lebih dari satu suara.
Qaisara
berhenti meronta-ronta.
Baru dia
sedar, dia sedang berbaring di atas lantai yang terumbang-ambing.
Atas kapal.
Tengah laut.
“kenapa?”
tanya Qaisara lagi. dia perlukan penjelasan.
“kau dah
dapat arahan untuk jauhkan diri dari Iyad kan? Inilah padahnya untuk orang tak
mendengar arahan!”
“aku takkan
biarkan dia masuk perangkap!”
“kau tau,
Qaisara, cinta itu membutakan. Buta dari semuanya. Dan cinta itu membodohkan.
Sama macam ayah kau, Rizuan Syah...”
“kau
siapa??!” kali ini Qaisara menjerit kuat.
Yang kedengaran
Cuma bunyi orang ketawa.
“aku?
hemmm... aku pernah menjadi pengikut setia gagasan ayah kau...”
“maknanya
sekarang aku ketua kau! lepaskan aku!”
“hahahahaha...
tak ada seorang pun pengikut legasi yang angkat kau sebagai ketua, Qaisara. Kau
perempuan. Kau lemah. Orang lemah macam kau tak layak memimpin legasi Syah. Dan
orang lemah macam kau tak patut dapat Rizal Corp. Dan kau dah rosakkan
rancangan kami. Kau adalah satu kesilapan besar, Qaisara.”
Senyap
seketika.
“dan aku...
aku akan betulkan kesilapan tu... nyawa kau milik aku, Qaisara...” suara itu
berbisik di telinga kanan Qaisara.
Jantung
Qaisara yang tadinya berdegup kencang mula bertenang. Zikir yang dilafaz di
dalam hati mula menenangkan hatinya.
Allah
sentiasa ada.
“jangan.
Lepaskan keluarga Tuan Ali. Take whatever you want from me, don’t touch them.” Tutur
Qaisara dengan suara yang bergetar.
“awww soo
sweet. Pengorbanan abadi ye Qaisara? Too bad King reject kau hahaha. Don’t
worry my sweet Qaisara. Aku akan bagitahu King tentang ‘Kisah Cinta Teragung
Qaisara’ atas kubur dia nanti. Itu pun kalau dia mati berkubur hahaha. Dah. Jangan
buang masa. Uruskan dia.”
Tiba-tiba
kedua-dua belah lengan Qaisara digenggam kuat. Kakinya dipegang. Bahu kiri dan
kanannya terasa perit di cucuk sesuatu.
Jarum.
Qaisara
mula meronta-ronta sebelum satu tumbukan kuat dilepaskan ke pipi kirinya.
Sakit.
Allah.
Bibirnya
diketap kuat menghalang dari dirinya menjerit kesakitan. Deria rasanya dipenuhi
dengan rasa besi. Darah.
Berulang-ulang
kali seluruh lengannya dicucuk dengan jarum. Sehingga Qaisara terasa dirinya
melayang-layang.
Tuhan.
Selamatkan aku.
* * * * *
aaaaa sorry lama gilaaaa nak update :(