baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Thursday, February 28, 2013

Biru [17]

Sofa diterpa seperti menerpa kekasih yang lama ditinggalkan. Tubuh dibaringkan. Penat weh drive pegi-balik JB, berenti makan tengah hari je pulak, tak sempat tulang-belulang dia lurus balik.

Sunyi.

Pelik pulak sunyi-sunyi ni. Mana si burung liar kesayangan ayah?

“nak minum?” tu dia dah berbunyi. Aidil bangun. Senyum cuba disembunyikan.

“boleh jugak.”

“jus?”

Angguk.

Tak lama kemudian datang jus dalam gelas. Ni la yang seronoknya dah kahwin. Tapi eh kejap. Kenapa dia baik sangat harini? Ada udang besar disebalik mee udang ni.

“ayah mana?” tanya Aidil apabila rumah ayah lengang takde orang.

“dating kot.”

Adil ketawa. Lucu pulak nak bayangkan ayah dating.

“awak?”

“ha?” berkerut dahi Aisya. “apa yang saya?”

“taknak pegi dating? Dengan saya?” usik Aidil. Ok, bukan usik sebenarnya. Memang nak ajak pun.

“tak hengen. Eh awakkkkk....” panjang harakat wakkkk tu.

“ye awakkkk.....”

“ngade. Bila awak nak balik rumah mama dengan papa?” tanya Aisya tanpa berkias. Buat apa nak berkias, mamat ni kayu, bukan faham pun.

“amboiiii menghalau nampak. Ye la ye la. Nak balik la ni.” Aidil pura-pura bangun. Aisya ketawa. Poyo je.

“alhamdulillah. Faham rupanya. Okbai.” Aisya sambung ketawa.

“elehhh sebenarnya dalam hati tu punya la merayu saya jangan balik. Kan kan kan?”

Aisya buat gaya nak muntah. Aidil ketawa.

“serius ke awak nak saya balik? Kalau betul, tak apa la. Saya balik lepas maghrib karang.” Sambung Aidil selepas ketawanya reda.

“bukan la nak menghalau. Tapi... awak kan ada Irsyad? Takkan awak nak biar mama dengan papa yang jaga. Awak tu daddy Irsyad. Kesian dia kena tinggal kat sana.” Ujar Aisya. Badan disandar ke sofa.

Aidil terdiam. Ahh sejak 2 hari duduk di sini, menjadi tetamu tak diundang Aisya, dia terlupa si kecil di rumah papa.

“emm yelah.”

“ataupun kan.... Awak bawak la Irsyad datang sini. Saya boleh je tolong tengok-tengokkan.” Kata Aisya teragak-agak.

Aidil memandangnya dengan mata bercahaya.

“betul? Awak tak kisah? Irsyad kan...”

“anak tiri saya?” Aisya ketawa.

“jangan risau la. Tak adanya saya nak bagi Irsyad makan katak, basuh toilet.” Aisya sambung ketawa. Terbayang pulak Irsyad jadi Bawang Merah. Drama habis! Typical Malay betul.

Aidil terdiam. Dia nampak Aisya ikhlas. Nak tanya lebih, takut rosakkan mood baik Aisya. Senyuman terukir dibibirnya melihat Aisya ketawa gembira.

“kalau awak ambik dia sekarang, boleh makan malam sama-sama. Ajak la Anish, papa, mama datang sekali.” Sambung Aisya lagi. “saya lama dah tak jumpa Alif. Ajak dia sekali. Rindu.”

Aishhh sebut nama Alif tu boleh tahan lagi. Sebut perkataan ‘rindu’ tu terus rasa punah mood.

“emm ye la. Saya pegi sekarang.” Berdesup Aidil pergi ke keretanya. Taknak Aisya tanya banyak-banyak pasal Alif. Sakit hati!

Aisya sebok fikir malam ni nak masak apa. Abang-abang dia semua ada kat rumah. Kalau mama, papa, Anish, Alif dengan Irsyad datang, bertambah meriah la rumah ni. Aisya tersenyum gembira. Seronok beramai-ramai. Terus dia bangkit ke dapur, sediakan bahan-bahan.

*             *             *             *             *

Selepas maghrib, kedengaran bunyi kereta masuk ke garaj. Aisya yang sedang berdoa di atas sejadah cuba menghabiskan doanya secepat mungkin. Ahh.. duniawi sungguh. Allah, ampuni aku.

“mummy...” terasa lehernya dipeluk dari belakang, cepat-cepat dia mengaminkan doanya.

Irsyad merapatkan pipinya ke pipi Aisya. Aisya tersenyum sayu. Anak ni kurang perhatian.

“assalamualaikum.”

“oppss. Sorry mummy. Assalamualaikum.” Aisya ketawa lagi. Terus membiarkan Irssyad bergayut dibelakangnya.

“waalaikumussalam. Dah maghrib dah?”

“dah. Maghrib kat rumah tok. Rindu kat mummy.”

“meh sini, duduk depan aun...er...mummy,” tergagap Aisya nak membahasakan dirinya mummy.

“kenapa mummy dengan daddy tinggal Syad kat rumah tok?” tanya Irsyad yang sudah beralih tempat, duduk bersila di depannya dengan mata bulat bercahaya. Mata Sofia.

“taklah. Mummy dengan daddy ada kerja sikit. Lepasni, Irsyad duduk dengan mummy ok?” kepala si kecil di usap lembut.

“nak nak! Syad ingat mummy nak tinggal Syad kat rumah tok, macam mama.” Terus tubuh Irsyad di tarik ke dalam pelukannya.

Allah, izinkan aku memberi kasih sayang untuk anak ini, sementara masih ada jodohku dengan Aidil. Jangan izinkan perasaan negatif menyelit masuk ke dalam hatiku hanya kerana dia bukan dari darah dagingku. Hatinya berdoa.

“daddy mana, sayang?” tanya Aisya. Irsyad menjungkitkan bahunya.

Terus Aisya mengemas telekung dan berlalu ke bawah. Riuh rendah rumah ayah malam ini. Semua anak-anak ayah ada. Apalagi bila kakak dan Aran berjumpa dengan Irsyad. Kalau mama, papa, Anish dan Alif datang mesti lagi meriah.

Aisya dan Kak Long menghidang makan malam dengan segera apabila semua sudah menunggu di meja makan. Aisya mengambil tempat di tengah-tengah antara Aidil dan Irsyad.

“yang, malam ni tidur jangan lasak sangat tau. Takut patah dua pulak katil kita. Maklumla penat sangat. Jauh perjalanan tadi.”

“uhuk...uhukkk...” tersedak Aisya mendengar kata-kata along. Cepat-cepat Aidil menghulurkan air kosong miliknya.

“kenapa dik? Risau ke katil along patah. Jangan risaula. Katil along kayu jati. Ganas macam mana pun, tahan.” Kata along lagi. Ada senyuman nakal di hujung bibirnya. Angah, alang dan abang chik masing-masing buat-buat batuk. Kak long dan ayah menyembunyikan senyum. Aidil? Buat muka tak bersalah je.

“ehhh tapikan. Semalam angah dengar bunyi berdentum. Agaknya ada orang main mercun kot kat kawasan ni semalam?” angah pulak menambah.

“kau lupa ke ngah, memang ada orang main mercun semalam. Kan ke 5 bulan lepas Raya Cina.” Alang join the group.

“katil pak long patah ke? Macam katil mummy dengan daddy?” dengan tak bersalahnya Irsyad menyampuk dan disahut gelak ketawa mereka. Cuma Aisya memuncung di duduknya.

“iye ke katil mummy dengan daddy patah? Cuba Syad tanya mummy dengan daddy buat apa sampai patah.” Usik along dengan ketawa yang tidak berpenghujung.

“ishhh ishh. Korang. Jangan nak mengkuningkan otak anak sedara abang chik ye. Syad, mummy dengan daddy semalam bertukang atas katil sambil nyanyi lagu anak itik tokwi, air pasang malam, tu yang sampai patah dua tu.” Jawab abang chik dengan nada mengusik. Sekali lagi mereka ketawa beramai-ramai.

Muka Aisya makin panas. I need aircond!! Air kosong didepannya diteguk rakus.

“dik, diam je? sakit tekak eh?” angah.

“korang bersuara sepatah lagi, gelas ni bakal cium dahi korang.” Ugut Aisya sambil mengangkat gelas kosong.

“eh, share gelas dengan Aidil. Ohhh Emmmm Geeee. Shooo shweettt~~  indirect kiss gituww.” Abang chik menggenggam kedua-dua belah tangan, di letak ke bawah dagu sambil memandang Aisya dengan mata berkelip-kelip.

“eeee... ayah. Tengok diorang ni!!” Aisya memandang ayah yang tersengih-sengih melihat kerenah anak-anaknya.

“ayah dah tengok adik 27 tahun dah. Jemu. Suruh Aidil la pulak tengok adik. 3 tahun tu lama tau.” Jawab ayah dengan muka innocent.

“ayahhhh!!”

Bersambung-sambung ketawa di meja makan. Dah kata dah, 7 keturunan dia akan kena bahan sebab katil patah. Aidil dipandang geram. Traitor! Mesti dia yang cerita pasal katil patah tu. Eee rasa nak stapler je mulut dia. siap la lepas ni! Pandangan maut dihantar kepada gerangan empunya badan.

Aidil yang menerima pandangan maut, rasa seram sejuk je. haha carik pasal dengan Aisya, siap la lepas ni. Dalam seram-seram, seronok bergelak ketawa macam ni. Lama dah tak rasa macam ni. Err.. sejak.. Aisya pegi.

*             *             *             *             *

Aidil merenung Aisya yang menidurkan Irsyad di atas toto (katil patah belum beli baru maaa). Terasa seluruh badannya disirami air sejuk. Tenang. Satu pemandangan yang tak pernah dia bayangkan. Indah.

“Aisya...”

“saya taknak cakap dengan awak.”

Aidil ketawa. Amboiii boikot.

“ala... relaks la. Diorang semua gurau je.” kata Aidil sambil ketawa-ketawa.

“merajuk! Taknak cakap!”

“hahaha. Mana ada orang merajuk bagitau la.”

“ada. Saya.”

“hahaha. Aisya, saya nak cakap ni.”

Kali ini Aisya berpaling memandang Aidil yang santai di atas sofa.

“thanks...”

Keningnya di angkat.

“Irsyad and me. Untuk tak benci saya sebab kawin dengan Sofia. Untuk tak benci Irsyad sebab dia anak saya dengan Sofia. Kenapa?” Perlahan Aidil bersuara.

Aisya melepaskan keluhan berat. Aidil di dekati. Bahu Aidil ditepuk lembut.

“remember, awak pernah bagitau saya, it’s only brotherly love. Setahu saya, ‘brotherly love’ takde term ‘benci’. Kan?”

Sreeettttt..

Aidil terasa dadanya ditikam kejam dengan keris taming sari sebelum di koyak-koyakkan menjadi kepingan-kepingan kecik dan di campak ke dalam kolam ikan paus. Sakit.

Tu la yang dia kata kat Aisya, sehari sebelum dia bernikah dengan Sofia. Waktu Aisya kata...

“...saya sayang awak...”

Betul ke Aisya duduk dalam term ‘brotherly love’? dan kenapa dia rasa marah. Dia nak lebih dari tu!

Aisya tipu atau... dia terlambat? Aisya yang sudah baring ditepi Irsyad dipandang sayu.

Lagu 25 minutes terngia-ngia di tepi telinganya. Bezanya, dia bukan terlambat 25 minutes. Mungkin 3 tahun. Rambut di genggam kuat. Kesal. Sedih. Semua secukup rasa.

After some time I've finally made up my mind
She is the girl and I really want to make her mine
I'm searching everywhere to find her again
To tell her I love her
And I'm sorry 'bout the things I've done


Wednesday, February 20, 2013

Biru [16]


“Jangan ada di dalam hati kita rasa menyesal, rasa terlanjur, yang kita telah tersalah pilih. Tidak sekali-kali. Sekalipun pilihan kita tepat, tetapi kita tetap diuji. Maksudnya, istikharah yang betul dan tepat sekalipun bukanlah jaminan untuk kita tidak diuji. Istikarah kita tetap mengundang musibah… kerana itulah sunnatullah yang tidak berubah-ubah dan tidak sekali-kali bertukar ganti. Hidup dan mati kita adalah untuk di uji. Dunia dan medan rumah tangga hakikatnya adalah medan ujian siapakah diantara kita yang terbaik amalannya.

 Pasrahlah dengan pilihan yang kita telah lakukan lewat istkharah. Kata bijak pandai, setiap perkahwinan dibina atas dasar niat, harapan dan impian yang baik namun setiap pasangan suami isteri bertanggung jawab memupuk, membajaai dan menjaga benih kebaikan itu agar tumbuh menjadi pohon yang rendang. Perkahwinan Nabi Adam dan Siti Hawa yang berlaku di syurga itupun ditakdirkan terdampar di dunia untuk diuji dengan pelbagai kesusahan dan penderitaan”.
Petikan dari tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dibaca dengan teliti. Sesuatu menusuk di dada. Inilah ujian untuk dia. Ujian yang tak pernah dia syukuri, tapi, dihiasi dengan keluh kesah.
Matanya dilarikan ke arah si kecil yang lena di atas katil. Satu keluhan dilepaskan. Teringat peristiwa semalam. Mukanya di sapu. Jam dinding dikerling, 2 pagi. Sejadah yang bergantung dipandang. Mungkin Allah nak bagi peluang untuk dia meratap dihadapanNya malam ni. Lantas diri dibawa ke tandas, wuduk diambil.
“Allahuakbar!”

*          *          *          *          *

“ayah!! Rindu!!” tubuh ayah dipeluk erat. Ayah ketawa senang. Seronok melihat anak gadisnya, seronok kembali ke home sweet home.

“lepas ni ayah jangan pegi mana dah tau. Tinggal sini je dengan adik. Rindu sampai nak gila dah ni.” Rungut Aisya dengan mulut yang sengaja dimuncung-muncungkan.

“oo ayah tinggal dia sekejap takboleh, habis tu yang adik tinggalkan ayah dekat 3 tahun tu, tak apa pulak?”

“alaaa... tu lain la ayah. Tu orang pegi belajar, mana kira.” Balas Aisya sambil mengambil beg pakaian di tangan ayah. Rasa nak rabak mulut senyum dari tadi. Telinga ke telinga kot.

Mana tak seronoknya, sekarang, hari-hari boleh jumpa ayah. Kalau sebelum ni, nak jumpa ayah je kena turun JB. Lagipun JB bukan best pun. 

“pegi belajar ke pegi membawa diri?”

“ayah....”

“hahaha. Masak apa harini? Lapar la.” Terus dia menukar tajuk sebelum Aisya memuncung macam itik kena sembelih.

“nasi beriani je. adik bangun lambat tadi. Tak sempat nak pegi pasar.”

“nasi beriani JE?” 

Aisya ketawa kuat. Betul la. Lepas berguru dengan Safwan, nasi beriani tu antara masakan paling senang untuk disediakan. Campak-campak, jadi la nasi beriani. Lain la nasi arab ke nasi udang ke nasi kari ke.

“haa sebelum ayah lupa, esok kita ada special guest tau.” Kata ayah sambil mencucuk buah yang dipotong oleh Aisya sebagai pembuka selera.

“sape, yah?”

“ada la. Wait and see. Tapi don’t worry, guest ni Aisya tak payah nak pakai tudung ke apa. Santai-santai je.” 

“along ke angah ke alang ke abang chik?”

"rahsia."
“ayah gedik.”

Ayah ketawa berdekah-dekah. Lucu melihat riak wajah Aisya.

“masak la sedap-sedap sikit. Ramai esok.” Pesanan ayah di sahut dengan anggukan.

Keesokannya, Aisya bangun seawal 5 pagi untuk mengemas rumah dan menyediakan bahan untuk makan tengah hari. Kata ayah 5 orang. Ahh, tak payah teka-teki, for sure la abang-abangnya yang akan datang sebab ayah kata semalam, tak payah pakai tudung.

Sambil bernyanyi riang dia menyediakan makan tengah hari. Menu hari ni, masakan kampung. Ayam kampung goreng, ikan pari panggang, sambal belacan kaw-kaw, ulam-ulaman, gulai nangka dan kangkung goreng.

“adik!!”
“kat dapur. Duduk dulu, tak siap lagi!” kata Aisya separuh menjerit.

Air soya cincau di bancuh secepat mungkin. Meja pulau dibersihkan dan dilap kering dengan cepat. Tak sabar nak jumpa abang-abangnya. 

Selesai mengatur lauk-pauk di atas meja, dia terus berlalu ke ruang depan. Kelihatan alang sedang berdiri di depan muka pintu sambil menghadap ke luar. Cahaya matahari yang masuk menghalang pandangan Aisya namun figura badan alang masih jelas di matanya. Alang yang sebok dengan handphone di tangan di pandang geram. Cuti-cuti pun sebok dengan kerja.

Terjengkit-jengkit Aisya mendekati alang.

“heii cuti-cuti sebok dengan kerja. Curik handphone tu karang!” pinggang alang di peluk dari belakang. Terasa badan alang terkejut, Aisya ketawa kuat.

“rindu rindu rinduuuuu!” kata Aisya lagi tanpa melepaskan pelukannya.

Namun alang masih diam, tidak menoleh.

“oii oii nak bermanja-manja, kejap lagi. Alang lapar dah ni.” 

Sepantas kilat Aisya melepaskan pelukan dan menoleh ke belakang. Alang berdiri sambil memegang gelas air dan sebelah tangan lagi bercekak pinggang.

“alang? Eh!!”

Apabila mangsa pelukannya menoleh, Aisya rasa macam nak korek tanah, tanam diri sendiri.
Aidil menoleh dengan muka terkejut. Jantungnya berdentum kuat. Buat seketika, dia dan Aisya berpandangan dengan masing-masing muka terkejut sebelum mereka dikejutkan dengan ketawa besar alang, angah dan abang chik di depan pintu dapur.

“diam lah!” tempelak Aisya dengan geram. Namun tiada tanda abang-abangnya akan berhenti gelak, tapi lagi bertambah kuat. Cis!

“Dil, apsal muka kau macam sotong kena panggang? Sooo sweet~~” usik angah sambil ketawa terkekeh-kekeh. Tak guna punya angah.

“dah dah. Aidil, jom makan. Tak payah nak dilayan abang-abang kamu ni.” Ajak ayah yang baru turun dari tangga. Namun di bibirnya masih terukir senyum lucu.

Aidil berjalan menghampiri dapur.

“cantiknya dia...” bisik Aidil ketika lalu di tepi Aisya yang masih mematung.

Kering darah Aisya mendengar bisikan Aidil. Cermin besar tepi tangga di kerling.

Lagi sekali, rasa macam nak buat aksi terjun bebas dari Gunung Everest. Dari rambut yang bertocang dua, kepada baby T warna biru, kepada baggy pants paras separuh betis. Agak-agak kalau hantuk kepala kat dinding batu, boleh tak?

“adik kenyang ke berdiri kat situ?” tegur angah dari pintu dapur. 

Cepat-cepat Aisya menghampiri dapur walaupun dalam otaknya berkira-kira kalau naik atas tukar baju, pakai tudung, ayah dengan abang-abangnya tanya tak kenapa? Kalau jawab, sebelum ni dia tak pernah bukak auratnya depan Aidil, agak-agak ayah campak tak dia dalam periok tempayan tempat mamak buat roti nan?

*          *          *          *          *

Aisya berpeluk tubuh di atas katilnya. Langkah Aidil direnung tajam.

“what?” tanya Aidil sambil duduk di depan Aisya.

“kenapa?” tanya Aisya kembali.

“apa?”

“why?”

“ok. Saya tau kita dah 3 tahun tak jumpa, tapi, fyi, saya tak cakap bahasa alien.” Jawab Aidil dengan selamba. Lagi menambah minyak atas api.

“kalau saya sekeh awak sekarang, awak rasa esok awak bernafas lagi tak?”

Aidil ketawa lucu. Aisya masih Aisya yang dia kenal.

“dahlah. Saya nak mandi. Boleh tolong sediakan tuala?” pinta Aidil, bangun dan menuju ke bilik air.

Aisya berdecit. Dia ni amnesia ke?

“awak, 3 tahun ni ada tak awak terantuk ke jatuh terhentak kepala ke?” sindir Aisya dengan geram. Dia ingat selama ni diorang penah hidup macam suami isteri yang normal ke?

Aidil tergelak lebih kuat. Lama dah tak gelak, malam ni rasa jiwanya lapang.

“please..”

Aisya mengeluh dan bangun menghampiri almarinya. Sehelai tuala di ambil dan diberikan kepada Aidil.

Sementara menunggu Aidil mandi, Aisya duduk di atas sofa tepi pintu. Kepala yang tak gatal di garu.

“Aidil tidur sini malam ni, ok? Esok pagi kan Aidil dengan alang nak kena gerak JB, ambik along, senang kalau tidur sini.”

Arahan ayah yang tak mampu Aisya mahupun Aidil tolak. And and and, here they are. Dalam bilik. Aisya mengeluh lagi. Kenapa Aidil pulak kena ambik along? Dia kan ada? Apa pulak rancangan ayah. Apalagi lepas ni...

Ye, dia dan Aidil tak pernah bercerai. Borang permohonan cerai yang dia serahkan kepada Aidil, takpernah Aidil pedulikan. Malah, Aidil terus-terusan memasukkan nafkah dalam akaun banknya. Dan dia tak pernah sentuh duit-duit tu. Banyak benda yang dia tak faham dan dia perlu tanya kepada Aidil. Tapi entah macam mana nak memulakan.

“berangan!” teguran Aidil mematikan lamunan Aisya.

Ewah-ewah sape entah jemput dia tidur atas katil. Aidil baring atas katil dengan kedua-dua belah tangan dilapik bawah kepala dan kakinya bersilang. Santai. Aisya merenung dengan geram.

“jangan nak gatal tidur atas katil ye. Awak tidur bawah.” Kata Aisya sambil melompat naik atas katil. Badan Aidil ditolak turun ke bawah.

“eh takde takde. Saya suami, kena tidur atas. Isteri kena mengalah. Dua pilihan, tidur sebelah saya ataupun tempat lain. Tapi saya, tetap kena tidur atas katil.” Jawab Aidil dengan nada angkuh. Matanya sengaja dipejam untuk menambah sakit hati Aisya. Padahal dalam hati nak gelak guling-guling tengok muka Aisya yang berkerut-kerut. 

“ehhh apesal pulak. Ni katil saya. Awak tidur bawah. Pegi pegi pegi!” sepenuh tenaga dia menolak tubuh Aidil. Awak makan peti ais ke? Tak gerak-gerak pun padahal nak habis tenaga dia guna untuk tolak Aidil.

“selamat malam!” kata Aidil, masih steady dengan kedudukan tadi. Sedikit pun tidak diendahkan Aisya.

“Aidil!!” marah Aisya. Lagi menyakitkan hati bila dia mengesan senyuman nakal di bibir Aidil yang masih terpejam.

Ohhh main kotor ye. Aisya berdiri di atas katil.

“bangun bangun bangun! Anak itik tok wi mandi dalam kolam sakit apa tokwi sakit sendi tulang. Tulang apa tokwi..” dalam geram, dia melompat-lompat di atas katil sambil menyanyi dengan kuat.

“hoi hoi. Gila apa!” terus terduduk Aidil apabila terasa tubuhnya melantun ke atas. Aisya yang masih melompat-lompat sambil menyanyi dengan suara sumbang dipandang geram.

“Aisya!!”

“air pasang malam surut pukul lima. Nyonya bangun pagi siram pokok bunga..”

Krekk...

“Aisya!!”

“itik bertelur ayam menetas. Cik baba jatuh dalam parit, cik aminah ketawa jerit-jerit!” tanpa mempedulikan panggilan berbaur amaran dari Aidil, dia terus melompat-lompat sambil menyanyi.

Krekkkk... dummmm!

Masing-masing terdiam.

“Aidil! Aisya! Bunyi apa tu?” panggilan angah dari depan pintu bilik tidak di sahut.

Masing-masing berbalas pandangan.

“Aidil!!” tok tokk. Angah ketuk pintu bilik apabila tiada sahutan dari dalam.

“apa kau ni, ngah?” kedengaran suara alang pula.

“aku dengar bunyi berdentum tadi.”

“ishh kau. Orang dah kawin la. Biar la depa.” Marah alang.

“berdentum kuat la. Kot-kot adik jatuh..”

“dia ada suami la, bongok! Dah dah. Tidur.”

Tak lama kemudian, tiada lagi suara angah dan alang dari luar pintu bilik.

Perlahan-lahan Aisya dan Aidil turun dari katil dan berdiri di depan katil. Aidil menepuk dahinya. Katil patah dua.




“haa.. awak nak ambik sebelah bahagian ke?” tanya Aidil dalam nada mengusik.

Aisya merengus. Mati la esok kena bahan dengan abang-abangnya sampai 7 keturunan kalau diorang tau pasal katil patah dua.

“eee. Menyampah betul!” marah Aisya sambil mengambil selimut dan bantal dari atas katil dan dihempas ke lantai. “tutup lampu!” selimut di tarik menutup seluruh badan dan muka.

Aidil ketawa perlahan. Kalau rancangan dia dan ayah berjaya, hidupnya akan berwarna-warni lepas ni. Lampu dipadam. Bantal di capai dan tubuh dibaringkan ke lantai sebelah kiri katil.

“kalau Irsyad tengok perangai mummy dia macam ni, mesti kena gelak.” Ucap Aidil dengan perlahan, namun masih dapat didengari Aisya diseberang sana.