baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Thursday, October 25, 2012

Happy EidAdha, People :)

Assalamualaikum
Sorry post kali ni tak ada kaitan dengan Aisya dengan Aidil ^_^. Ini cuma contengan kosong dari aku yang tengah migrain ni.

Esok Aidil Adha atau orang kita lagi suka panggil Raya Korban. Tahun ni tahun ke-2 aku sambut AidilAdha kat rumah. Sebelum-sebelum ni raya kat overseas je haha. Puiii. Bunyi berlagak gila kahkahkah! Tak. Sebelum ni raya korban je follow team Amal gerak hantar korban pegi penempatan Islam yang daif. Hemmm...

Tadikan taaadikan taaaaaaaadikan, aku tengok siaran langsung dari Mekah. Rindu. Rindu nak pegi sana lagi. Teringin nak buat haji. Belum sampai masa aku lagi mungkin. Wuwuwuwu. Mak aku kata, buat haji waktu muda, dah tua takut tak kuat sangat. Ohhh saya mahuuuuu!!!!

Hahahhaa sebenarnya apa yang aku nak cakap, Selamat Hari Raya AidilAdha! Semoga pengorbanan kita disertai seribu satu hikmah dan pengajaran! Moh le raye rumah ^_^

Monday, October 22, 2012

Biru [11]



[i]

“Kita nak pergi mana?” tanya Aisya setelah tubuhnya di dudukkan ke dalam kereta Aidil.

Aidil senyum. Sedap pulak dengar perkataan ‘kita’ dari mulut Aisya.

“Thailand jom!” gurau Aidil.

Aisya ketawa kecil. “Buat apa? Kahwin lari? Hello, kita dah kahwin ok..”

“Hahahaha. Asal Thailand je, kahwin lari. Cubalah ubah persepsi tu, pegi Thailand, honeymoon.”

Berdecit mulut Aisya. Aidil tergelak lucu. Tau Aisya geram dengan gurauannya.

“Main-main. Nampak tangan saya ni?” Tangan kiri di hulur ke depan mengacah untuk menampar Aidil.

Aidil tergelak kuat. Rasa macam beban di kepalanya terbang ke tempat lain.

“Betul-betul la. Nak pergi mana ni?” tanya Aisya lebih serius. Jam di dashboard di kerling, hampir 11.30 malam.

“Makan aiskrim jom? Awak belanja.” Tanpa menunggu persetujuan daripada Aisya, Aidil terus memberhentikan keretanya di depan kedai 24-jam Seven Eleven.

“Biar saya je yang turun. Awak nak aiskrim apa?” Aisya membuka pintu kereta.

“Gunalah instinct awak. Haha. Apa-apa pun boleh.” Aisya menjeling tajam. Mengada betul.

Tak sampai 5 minit Aisya kembali ke dalam kereta sambil menjinjit sebuah beg plastik. Aidil terus memandu ke taman rekreasi berdekatan. Tanpa berlengah, Aisya terus turun dari kereta dan meluru ke arah buaian yang berayun mengikut tiupan angin. Aidil turut mengikut langkah Aisya yang nampak gembira mengayun buaian yang di dudukinya. Aidil duduk di buaian sebelah.

“Nah!” Cornetto perisa coklat yang sudah di buka di hulur kepada Aidil.

“Kenapa awak bagi saya coklat, awak punya vanilla?” tanya Aidil. Mata memandang Aisya yang nikmat menjilat aiskrim di tangan.

“Sebab saya tak suka coklat.”

“Meaning?”

“Kalau saya bagi awak benda saya tak suka, maknanya saya tak suka awak la.”

Sentap. Aidil terdiam. Cornetto coklat di tangan dipandang.

“Hahahahaha. Sentap la tu. Gurau je la. Takkan la saya tak suka awak. Memang saya tak suka coklat tapi saya rasa awak mesti suka. So, awak kenala makan semua benda yang saya tak suka. Hahahaha.” Riuh mulut Aisya mengundang senyuman Aidil. Rasa lega dengan kata-kata Aisya.

“Nasib baik jawapan awak macam tu. Kalau tidak, saya cium awak sampai lebam. And, chocolate is my all time favourite, by the way.”

“Nampak tangan saya ni?” Aisya menghulur tangan kirinya. Aidil ketawa.

“Aisya, kenapa awak tak pernah kenalkan saya dengan family awak?” soal Aidil dalam nada serius.

Aisya memandang Aidil sekilas sebelum kakinya perlahan-lahan menolak tanah agar buaian bergerak.

“Sebab saya rasa tak perlu.”

“Mana pulak tak perlu. Kalau kita tak terserempak tadi, sampai mati saya salah faham dengan awak.”

Ketawa Aisya menyambut kata-kata Aidil yang kedengaran marah.

“Seriously Aisya. Kenapa?”

Jeda.

“Aisya....”

“I don’t know. Mybe sebab saya rasa kita tak lama. Lepas ikatan kita putus, we’ll be a stranger, again. Kan? Haa, bila awak nak bagi borang saya nak sign? Nanti Sofia marah pulak lambat-lambat.”

Giliran Aidil pula terdiam.

“Nantilah.” Jawab Aidil, malas. Kakinya turun menolak tanah. Perlahan-lahan buaian bergerak. Untuk seketika suasana antara mereka sunyi.

“Awak ada problem dengan Sofia?” tanya Aisya, berhati-hati.

“Tak.”

“Then?”

“Nothing.”

“Dia busy?”

“I don’t know.”

“Miss her alot?”

“Entah.”

“Dah try call?”

“I don’t know.”

“Pegilah buat surprise kat dia.”

“Nantilah.”

“Janganlah ego sangat.”

“It’s none of your business ok!” Melengking suara Aidil.

Aisya terkedu. Aidil terdiam. Perlahan-lahan ayunan terhenti.

“I’m sorry. It’s...it’s..” Aidil menggosok kepalanya.

“It’s ok, Aidil. Salah saya.. Eh jomlah balik. Dah dekat pukul 12.30 ni.” Ajak Aisya. Nadanya tenang seperti tiada apa yang berlaku.

Padahal dalam hati, meleleh. Ayah pun tak pernah tengking wuwuwuwu.

“Aisya...”

Gegeran di poket Aidil membantutkan percakapannya. Blackberry di capai.

“Assalamualaikum. Yes. Oh, kau. Haaa, kejap aku tanya Aisya.” Blackberry di jauhkan dari telinganya. “Awak nak balik rumah papa ke ayah?”

“Ayah.”

“Haa. Dia nak balik rumah ayah. Ok, on the way. Ok. Assalamualaikum.” Blackberry di simpan kembali ke dalam poketnya.

“Siapa?”

“Along awak.” Jawab Aidil. Aisya mengangguk. Tanpa menunggu Aidil dia terus melangkah ke kereta.

Sepanjang perjalanan pulang, kedua-duanya sunyi tanpa kata. Aisya dengan hati yang terluka, Aidil dengan rasa bersalah dan tak reti nak pujuk. Sampai di rumah ayah, Aisya terus turun selepas memberi salam, tidak mahu mendengar kata-kata dari mulut Aidil.

“I’m sorry, dear. My bad :( Goodnight sleep tight”

Mesej Aidil dibiar tanpa balasan.

[ii]

‘Lunch together?’

Aidil mencuba nasib menghantar mesej kepada Aisya yang senyap selepas pertemuan mereka 3 hari lalu.

‘Quite busy.’

Berkerut dahi Aidil membaca balasan daripada Aisya. Pantas jarinya menekan keypad.

‘Please please pleeeeeaseeeee :’(‘

‘Important?’

Sikit lagi Aidil, go go you can do it! Kali ini lebih pantas jarinya menaip. Eleh 4 huruf je pun.

‘Very.’

‘Ok. 12. 45?’

Yes! Anda berjaya Aidil. Dia tersenyum gembira.

‘Ok. Whr are you? I’ll fetch you.’

‘3rd floor, your building.’

Mati senyuman Aidil membaca mesej terakhir dari Aisya. Choiiii selama ni dia dengan Aisya dekat je. Macam mana dia boleh lupa Aisya yang uruskan wiring kat tingkat 3. Dan dan dan bukan ke pertemuan pertama dia dan Aisya di bangunan ni. Aidil, kau dah tua!

Tanpa berlengah fail-fail di depannya dikemas. Langkah menjadi kelam kabut, nak cepat sampai ke tempat yang di tuju.

“Lin, cancel semua appoiment ye. Mybe saya dah tak masuk office lepas ni. Kalau ada hal penting, you know how to find me.” Lin yang sibuk menaip di komputer mengangguk. Dia tergelak kecil apabila di hadiahkan kenyitan mata dari Aidil, bosnya yang tak berapa nak waras. Nasib baik I dah kahwin, kalau tak... Lin tergelak lebih kuat.

Langkah dipercepatkan. Butang lif di tekan. Sampai di tingkat 3, dari jauh kedengaran suara Aisya bergurau dengan pekerja-pekerjanya.

“Lady, lapar nak makan nasi minyaklah.”

“Suruhlah mak awak masak. Tak pun awak kahwin je la. Untung-untung saya pun boleh makan nasi minyak sekali.”

“Alaaaa, saya tak cukup duit lagi lady. Apa kata lady buat kenduri umumkan perkahwinan lady dengan boss hot tu, buat nasi minyak sekali please.”

“Hot? Hot takkk kau. Siapkan kerja cepat.”

Riuh rendah suara mereka ketawa dan berborak. Aidil tersenyum. Oooh mengutuk pasal aku ye. Dia berjalan menghampiri Aisya yang duduk membelakanginya sambil khusyuk meneliti sesuatu di hadapannya.

Johan yang pertama mengesan kedatangannya. Aidil cepat-cepat mengangkat jari telunjuk ke bibir. Johan dan Seng tersenyum nakal.

“Hai sayang.” Tegur Aidil. Tangannya memegang pinggang Aisya.

Tanpa menoleh Aisya menjawab. “Hoihoi sayang.”

Aidil tersenyum. Kembang hatinya mendengar sahutan Aisya walaupun dia tahu Aisya belum sedar siapa yang menegurnya.

“Busy? Jom lunch.” Ajak Aidil sambil menjenguk ke depan ingin melihat apa yang di kerjakan oleh Aisya.

“Busy jugak. Ni prototaip untuk hantar ke Dato’. Nanti adik lunch dengan Aidil la. Apa aalll..” Bammm. Board di tangannya jatuh saat matanya bertemu mata Aidil.

Riuh rendah floor itu dengan ketawa Johan, Ah Seng dan Kumar dan bergabung dengan Aidil. Pucat muka Aisya apabila menyedari Aidil yang memegang pinggangnya bukan along.

“Aidillll!!” Kuat Aisya menjerit bergema seluruh floor.

Merah muka Aidil galak ketawa malah makin kuat apabila melihat muka Aisya yang pucat.

“Sorry dear. Saya gurau je.” Hahahahaha sambung gelak lagi.

Aisya menarik nafas perlahan-lahan cuba menenangkan jantungnya yang hampir putus. Ok, tipu, jantung tak boleh putus, tapi itu yang dia rasa. Board yang jatuh diangkat. Wajah Aidil di tenung, tajam.

“Ok Ok. Sorry honeybear. Gurau je.” Aidil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara, macam pesalah.

“I hate you, Aidil.” Ucap Aisya, perlahan. Aidil tergelak kuat.

“Jom lunch.” Ajak Aidil apabila tawanya reda.

Aisya cepat-cepat mengemas barang-barangnya. Perasaan geramnya lenyap apabila mengingatkan perutnya yang berdondang sayang sejak tadi.

“Sayang, meh saya bawak beg awak.” Kata Aidil dengan selamba. Sumpah, perkataan ‘sayang’ itu rasa seronok untuk di gunakan kepada Aisya.

Pucuk di cita, ulam mendatang, Aisya menghulurkan beg laptopnya yang berat kepada Aidil. Belum sempat mereka melangkah, Aisya bersuara.

“Aidil...”

“Hemm?”

“Don’t dear-sayang-honeybear me. My heart has no hanger, fyi.”

Aidil tergelak lebih kuat.

Atas permintaan Aisya, mereka ke restoren Warisan melayu yang tidak jauh dari pejabat Aidil. Sambil makan mereka bersembang seperti biasa, malah peristiwa 3 hari lalu langsung tidak di sentuh.

Sambil bersembang Aisya mengangkat sayur-sayuran dalam pinggan kuey teow kungfu ke pinggan Aidil.

“Makan sayurlah. Taknak sihat ke?” tegur Aidil. Sawi di cucuk dengan garfu lalu di hulur ke depan mulut Aisya.

“Takmau. Tak apalah. Saya nak awak sihat. Saya gagah perkasa.”

“Menjawab menjawab. Nganga cepat. Sedap ni.”

Aisya menggeleng laju. Kedua-dua belah tangannya menutup mulut. Aidil tergelak lagi. Macam budak-budak.

“Bi.” Aidil menoleh apabila terasa bahunya di sentuh.

Sofea tersenyum manis di hadapannya. Anggun dengan selendang yang di gayakan turban.

“Hei Sofea. Join us.” Tegur Aisya dan bangun menghulurkan kerusi. Sofea melabuhkan punggungnya.

“How are you, Aisya?” Tanya Sofea ramah. Tidak menunjukkan tanda-tanda marah dengan kemesraan Aisya dan Aidil.

“Sihat alhamdulillah. Eh awak nak makan apa?” Tangan di angkat memanggil pelayan.

Seorang pelayan lelaki datang ke meja mereka.

“Ice lemon tea satu.”

“Tak makan?” tanya Aisya.

“Diet.” Sofea tersenyum manja sebelum berpaling kepada Aidil yang masih diam mengadap makanannya.

“Bi, you sihat?” Aidil diam.

“You marah ke? Sorry sayang, I busy lepas tu handset I jatuh dalam sinki, memang takdapat contact you. Number phone semua hilang. Number phone you pulak I lupa. Please forgive me. I love you.” Mendayu-dayu suara Sofea memujuk Aidil yang keras di tempat duduknya.

Aisya hampir tergelak melihat adegan di depannya. Macam ni rupanya Aidil merajuk. Buruk gilaaaa. Hahahaha. Eh kejap, kenapa jantung rasa sesak nafas je ni. Jantung, please behave!

Aisya cepat-cepat menghabiskan makanannya. Tak sanggup nak menghadap dua sejoli ni punya sesi pujuk memujuk nanti hati dia siapa nak pujuk.

“Bi, ni last I punya shooting. After this, I tak join sangat dah. Kerja kat office pun banyak. Lepas ni I akan selalu dengan you. Promise. Jangan la marah.” Sofea berusaha keras memujuk Aidil.

“Err sorry. Saya gerak dulu la ye. Kerja banyak. Aidil, see you later.” Aisya bangun meninggalkan mereka berdua. Aidil ajak dia makan, biarlah dia bayar hahaha.

Belum sempat Aisya keluar dari restoren, tangannya di tarik.

“Kita datang berdua, balik berdua.” Tegang wajah Aidil memandang Aisya.

"Aidil..."

"Shut up!"

“Listen, kan saya dah kata kat awak, jangan ego sangat. Dia sayang awak. Jangan sampai dia pergi, baru awak menyesal. After all, she’s your strength, your soulmate. Don’t lose her. Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage. That ‘someone’ is Sofea. Fight for your love.” Pipi Aidil ditepuk lembut.

Aidil terdiam seketika.

Tangan Aisya ditarik lembut. Kunci kereta di letak ke atas tapak tangan Aisya. Aisya tersenyum. Yeay yeay dapat kereta best!

Dia terus berpaling keluar dari restoren menuju ke kereta Aidil. Eh, kenapa muka basah ni. Hujan ke? Kepala di dongak ke langit yang cerah. Mana ada hujan! Hoi bodoh punya mata, kenapa menangis. Mana ada orang meninggal harini. Cepat-cepat air mata di sapu dengan kasar.

Saturday, October 13, 2012

Biru [10]


AIDIL baring di atas katil. Sebelah kanannya di pandang, kosong, tanpa kehadiran Aisya. Malam ini, segalanya bermula seperti biasa, tanpa Aisya di ruangan ini.
Tangan di depa memenuhi ruang. Dan buat pertama kalinya dia terasa bilik itu terlalu besar dan sunyi. Aisya balik petang tadi. Mama, papa, Alif dan Anish semua nampak sedih melepaskan Aisya. Dan suasana makan malam mereka sangat muram, balik seperti 11 hari yang lalu.

Matanya di pejam, cuba lena, cuba untuk menghilangkan resah. Dalam diam dia berdoa supaya keputusan yang dibuat betul.

Di rumah ayah, Aisya duduk di depan tv di kelilingi abang-abangnya dan ayah. Puas mereka memujuk Aisya yang sudah 2 jam menangis teresak-esak tanpa henti.

“Adik, mungkin dia bukan jodoh adik.” Untuk kali ke-100, Bang Chik mengatakan benda yang sama. Habis mati akal, tiada idea untuk memujuk Aisya.

“Nak sedih jugak. Tak kira! Aaaa.... kenapa adik sedih sangat ni,” kata Aisya sambil tersedu-sedu. Air matanya mengalir macam air paip.

“I think....” Angah memegang dagu Aisya, memaksa Aisya merenung ke dalam matanya. “You’re in love with him.”

“Aaaaaaaa!!” Lagi kuat Aisya menangis. Along, Alang dan Bang Chik menyumpah Angah. Baru je budak ni nak reda, dah start balik. Ayah menggeleng melihat cubaan anak-anak lelakinya memujuk puteri bongsu manjanya itu.

Perlahan-lahan tubuh Aisya di dakap lembut. “Sayang, kan ayah dah kata, redha. Mungkin betul Bang Chik cakap, Aidil bukan jodoh Aisya. Mungkin jodoh Aisya sekarang tengah tunggu Aisya. Siapa tau. Ajal maut jodoh rezeki, semua rahsia Allah. Adik menangis macam ni, macam adik tak redha tau.”

“Aaaa... adik taktau kenapa adik nangis....” Kata Aisya perlahan sambil tersedu-sedu. Dia teringat tentang petang tadi ketika dia bersalaman dengan mama, papa, Alif, Anish dan Aidil.

“Saya dah buat keputusan, nanti saya bagi borang kat awak.” Tenang wajah Aidil ketika mengungkapkan hal tersebut.

“So, itulah keputusannya?” tanya Aisya dengan suara agak bergetar.

“Itu yang terbaik. Kita sama-sama tak ada rasa apa-apa. Saya cintakan Sofea, awak pun ada pasangan.” Balas Aidil.

Lama Aisya terdiam, berfikir dan bertanya hati.

“Ok, jumpa lagi.” Aisya menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Wajah Aisya nampak terluka. Aidil menggenggam tangannya. “Kita masih jadi kawan kan?”

“InsyaAllah. Thanks for the 10 days’-husdand-wife.” Kata Aisya cuba untuk menenangkan hatinya yang luka berdarah.

“Betul awak taknak saya hantar?” tanya Aidil. Kalau boleh dia nak hantar Aiysa balik ke tempat asalnya dan dia juga nak berkenalan dengan keluarga Aisya yang selama ini Aisya sorokkan darinya.

Aisya menggeleng. Beg pakaian di angkat.

“Aisya, last question.” Aisya mengangkat keningnya. “Kenapa awak tak pernah bagi peluang kat saya untuk kenal keluarga awak?” tanya Aidil.

Aisya menghela nafasnya. “Sebab ini kesudahan cerita kita.” Ringkas jawapan dari Aisya dan yang pasti dia taknak menghuraikan jawapan itu.

Dan hari ke-10 berakhir ketika Aisya melangkah keluar dari banglo putih yang menyimpan memori mereka.

PEJAM celik pejam celik, hampir 2 bulan sudah berlalu. Aisya dan Aidil masing-masing cuba teruskan kehidupan mereka seperti biasa meskipun dalam diam ada lagu rindu yang berkumandang dalam hati mereka. Namun dek kerana keanehan perasaan itu, masing-masing tidak sedar kewujudan rasa itu.

Sejak balik dari fashion show Lee’s Collection, Sofea semakin sibuk apabila mendapat perhatian penggiat-penggiat dunia fashion. Bukan Aidil takpernah berterus terang dengan Sofea yang dia tak suka Sofea terlibat dengan dunia peragaan, tapi Sofea, sentiasa dengan keras kepalanya.

‘Dear, lama dah tak dinner sama. Tonight?’ – Sent.

Lama dia menunggu balasan dari Sofea, namun hampa. Hari-hari minggunya seperti biasa. Bosan dan rumah pun sunyi.

Tok tok tok.

“Masuk!” Jerit Aidil, malas nak bangun bukak pintu.

Pintu terbuka, tersembul wajah Anish. Dia masuk dan melabuhkan punggungnya ke atas katil Aidil.

“Boringlaa. Jom keluar.” Ajak Anish dengan muka bosannya.

“Pergi mana?”

Anish mengangkat bahunya. “Didi tak ada contact Kak Aisya ke? Jom ajak dia lepak! Rindulah.”

Sebaris nama itu berjaya buat Aidil rasa kena kejutan elektrik. “Tak ada. Dia pun senyap je. Busy la kot.”

“Isteri sendiri pun tak tahu. Eh, Didi. Nak tanya boleh?”

Aidil angkat kening memberi persetujuan.

“Didi betul-betul nak bercerai ke ni?”

Aidil menoleh. Tak sangka soalan itu yang akan di tanya. Dan dia tak suka soalan tu. Bahu di jungkit. Tak ada mood nak jawab.

“Jangan la lambat-lambat kesian Kak Aisya.”

“Sejak bila geng Kak Aisya? Selalu Kak Sofee je?” tanya Aidil dengan nada menyindir.

“Entahlah. Tapi sayang sangat dengan Kak Aisya. Dia fun gila. Tengok dia datang, rumah kita ceria je. Dia tak ada, Nish pun rasa malas nak balik, rumah sunyi sangat.” Anish baring di sebelah Aidil.

“Didi. Eh Nish pun ada sini. Haaa, mama dengan papa ajak keluar makan lepas maghrib.” Alif tiba-tiba muncul di depan pintu bilik Aidil. Anish bangkit tanpa menunggu kata-kata dari Aidil yang nampak lemau macam biskut chipsmore masuk angin.

“Tengok dia datang, rumah kita ceria je. Dia tak ada, Nish pun rasa malas nak balik, rumah sunyi sangat.” Terngia-ngia kata-kata Anish di telinganya.

Malam itu, mereka sekeluarga keluar makan di kedai ikan bakar yang baru dibuka. Dekorasi restoren itu sangat memukau pandangan. Seluruh kawasan itu di penuh dengan pondok-pondok kecik dengan meja Jepun sebagai tempat makan. Sebatang sungai kecil mengairi keliling kawasan restoren. Cahaya lampu yang malap dengan bunyi air sungai mengalir berjaya menghidupkan suasana.

Mreka memilih sebuah pondok yang terletak di bahagian hujung. Di sebelahnya ada sebuah lagi pondok kecik yang mempunyai dekorasi yang sama.

Masing-masing senyap membaca menu.

“Zulkifli?” Papa mengangkat muka.

“Ehh? Redza kan? MasyaAllah, Redza”. Papa bersuara girang. 2 lelaki itu berpelukan gembira. “Lama aku tak jumpa kau. Tak pernah nak datang rumah.”

“Aah betul, tak datang rumah pun.  Eh sorang je? Anak perempuan kita tu mana?” Mama pula bertanya.

Ayah tergelak gembira. Takdir Allah, mereka sesama besan berjumpa di restoren ini. “Ada, kejap lagi sampai.”

“Aidil, Anish, Alif, salam ayah ni.” Zulkifli menoleh ke arah anak-anaknya.

“Aidil?” Ayah menepuk bahu Aidil, gembira akhirnya dapat jumpa menantunya.

“Aidil kenal tak ni?” Papa bertanya kepada Aidil yang nampak terpinga-pinga. Papa, mama dan ayah serentak tergelak.

“Inilah dia, kita serahkan semua hal kat anak-anak, mertua sendiri tak kenal.” Ujar Papa, sengaja memberi hint.

Haaa? Mertua?? Berkerut dahi Aidil. Di kepalanya terbayang wajah seseorang.

“Ayah.. Eh papa, mama.” Belum sempat disebut, sudah muncul gerangan empunya diri.

“Hai sayang.” Mama bangun dan menarik Aisya ke dalam pelukannya. Rindu.

“Kak Aisya... Rindu gilak.” Anish pula memeluk Aisya.

Aisya tergelak lucu namun hatinya dibanjiri rasa terharu. Dalam diam dia terasa dirinya di tenung.

“Hai Aidil. Miss me?” Aisya menepuk bahu Aidil, menyapa seperti seorang rakan.

“Hai. How are you?”tanya Aidil dengan nada lembut. Terasa seperti satu beban di dadanya hilang apabila melihat wajah ceria Aisya.

“Berdua aje ke?” tanya Alif yang sedari tadi hanya menjadi penonton.

“Assalamualaikum.”

“Assalamualaikummmmmmm....”

Along menyapa bersama Kakak dan Aran yang seronok memegang lollipop di tangan. Angah dan Alang menyusul dari belakang. Aidil tergamam melihat kesemua ‘teman lelaki’ Aisya yang muncul secara serentak.

Angah pula dengan selamba memeluk bahu Aisya selepas bersalaman.

“Waalaikumussalam.” Jawab mereka hampir serentak.

“Atuk!! Nenek!!” Pekikan Kakak dan Aran memenuhi ruang. Papa dengan mama gembira melihat mereka berdua lantas di peluk cium kedua-duanya sepuas-puas hati melepaskan rindu.

“Haa.. Zul, Mah, ini anak sulung aku Fahmi, kitorang panggil Along aje. Kakak dengan Aran ni anak along. Menantu aku tak ada kat sini, outstation. Yang belakang ni, Fazlee, anak kedua aku. Yang ini Alang, Fahril. Sorang lagi hero aku tak dapat datang, shif malam.” Ayah memperkenalkan kesemua anak-anaknya kecuali Bang Chik yang duty malam.

“Bro. Apesal yang tercengang-cengang ni?” Tanya Along kepada Aidil yang nampak confius dengan suasana itu.

Angah dan Alang ketawa mengejek. Tau apa dalam otak Aidil.

“Kau? Lee? Aisya? Errr... adik beradik?” tanya Aidil tergagap-gagap.

“Iyelah. Aisya adik kitorang aka girlfriend sepanjang hayat. Kau fikir apa ha?” usik Angah pula.

Aidil terdiam. Cuba mencerna segalanya. Segala perasaan bercampur baur. Geram, rasa nak gelakkan diri sendiri, rasa berdosa. Tapi, yang peliknya, ada rasa lega yang menyebabkan semua perasaan hilang negatif  serta-merta.

“Haaa dah dah. Jomlah duduk, order makanan. Adik dah lapar ni. Nak sembang ke nak gaduh ke, kejap-kejap lagi.” Aisya menggosok perutnya menandakan bahawa dia tersangatlah lapar.

Masing-masing mengambil tempat duduk. Aisya duduk di sebelah Anish yang nampak excited dengan kehadiran Aisya. Aidil pula duduk bertentangan dengan Aisya dan di sebelah Along. Masing-masing berbual dengan ceria, menukar cerita. Kakak dan Aran pula dengan gelagat mencuit hatinya, menaikkan suasana. Sesekali Aidil memandang Aisya yang ceria bercerita dengan Anish. Melihat senyuman Aisya cukup untuk membuat dia terasa nak senyum juga.

Hampir jam 11 malam baru masing-masing meminta diri. Aidil menghampiri Aisya yang masih bersembang dengan mama.

“Aisya, jom lepak kejap. Ada benda nak cakap.” Aidil berbisik perlahan ke telinga Aisya.

“Tonight? Malam dah ni. Esok lusa ke tak boleh?” tanya Aisya, mengelak.

“Firasat saya kata, esok lusa, saya takkan dapat cari awak dah. So, before awak hilang lagi sekali, malam ni jugak saya nak jumpa awak.” Jawab Aidil, masih berbisik.

“Saya ada ayah. Saya tanggungjawab ayah saya. Tanya ayah saya.” Kata Aisya dengan tegas. Aidil mengangguk lalu menghampiri ayah.

“Err uncle,..”

“Apa uncle-uncle ni. You’re my daughter’s husband, so you’re my son as well.” Tegur ayah sambil memeluk bahu Aidil dengan mesra.

“A..ayah.. Boleh tak Aidil nak bawak Aisya keluar sekejap. Ada hal sikit nak bincang. Nanti Aidil hantar balik.” Pinta Aidil kepada ayah.

Along, Angah dan Alang tergelak lucu dengan soalan Aidil. Ayah tersenyum.

“Laa kenapa tanya ayah. She’s yours. Aisya bukan bawah tanggungjawab ayah lagi dah.” Jawab ayah masih dalam senyuman. Lucu sebenarnya dengan soalan suci Aidil.

“Bro, kalau kau taknak hantar balik langsung pun tak apa. Kitorang lagi suka” Alang mengusik Aisya yang nampak terkulat-kulat di sisi Aidil.

“You better watch out, Alang.” Alang terkekeh-kekeh ketawa dengan amaran Aisya. Tau apa yang bakal terjadi padanya kalau Aisya balik rumah nanti.